Wednesday, August 5, 2009

Rendang Ayam

Rendang Ayam
Hidangan : 5 orang


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam dipotong ikut saiz kegemaran
500ml santan pekat
2 cawan air
15 ulas bawang merah - dikisar
8 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - di potong
4 batang serai - dipotong
1 inci lengkuas - dipotong
1 inci kunyit hidup - dipotong
2 sudu kerisik
1 helai daun kunyit - dihiris halus
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

1. Masak santan pekat 2 cawan air beserta dengan ayam.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas, kunyit
3. Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau dan biarkan santan pekat mengikut kegemaran anda
5. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.


Selamat mencuba!

Read more...

Friday, July 17, 2009

Serawa Durian

Serawa Durian
Hidangan : 2 orang



Bahan - bahan :

4 ulas isi durian
1 cawan air
2 sudu gula merah
2 sudu gula putih
1 cawan santan pekat

Cara-cara :

1. Masakkan durian bersama secawan sehingga sebati.
2. Masukkan gula pasir dan gula merah.
3. Masukkan santan.
4. Kacau sehingga mendidih
5. Kuah yang telah mendidih bolehlah diangkat dan dihidang bersama pulut atau roti.

Selamat mencuba!

Read more...

Thursday, July 16, 2009

Kari Ayam

Kari Ayam
Hidangan : 5 orang


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
300 gm santan sederhana pekat
1 peket rempah kari ayam
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu cili giling
1/2 inci halia - dikisar
2 inci kayum manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
2 bunga cengkih
3 sudu minyak
1 cawan air
2 sudu asam jawa
1 biji tomato
3 biji kentang
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Cuci ayam dan potong ikut saiz kegemaran.
2. Bancuhkan rempah kari bersama 1/2 cawan air.
3. Tumiskan minyak sehingga panas.
4. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang di kisar.
5. Masukkan cili giling, tumis sehinga garing tetapi jgn sampai hangus.
6. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh.. tumis sehingga kering dan garing.
7. Setelah garing, masukkan 1 cawanair, asam jawa dan ayam.
8. Tutup periuk sehingga ayam empuk.. pastikan rempah tidak hangus.
9. Masukkan santan dan kentang yang telah di potong 2
10.Masak hingga menggelegak dan masukkan buah tomato.

Selamat mencuba!

Read more...

Gulai Kuning Ikan Tenggiri

Gulai Kuning Ikan Tenggiri
Hidangan : 5 orang


Bahan -bahan :

5 potong ikan tenggiri
300 gm santan sederhana pekat
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 tangakai cili padi
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
Asam keping
1 biji tomato
2 batang serai
Garam secukup rasa


Cara-cara :
1. Perapkan ikan tenggiri bersama garam selama 2 jam.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lengkuas dan kunyit hidup.
3. Panaskan santan ke dalam periuk bersama bahan2 yang telah di tumbuk tadi.
4. Kacau hingga menggelegak, setelah menggelegak perlahankan api dan masukkan ikan.
5. Masukkan asam keping dan serai. Kacau sehingga menggelegak dan isi ikan masak.
6. Pastiakan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkan santan pecah.
7. Akhir sekali masukkan tomato dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba!

Read more...

Tuesday, July 14, 2009

Nasi Goreng Pataya

Nasi Goreng Pataya
Hidangan : 1-2 orang


Bahan-bahan :

Sepinggan nasi yang dimasak tidak terlalu lembik
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
2 tangkai sawi, dipotong sederhana
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap sotong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara :
1.Panaskan minyak
2.Tumis bawang yang diblend hingga naik bau
3.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak
4.Masukkan sos tiram
5.Masukkan garam & gula secukup rasa
6.Masukkan sawi & cili padi
7.Masukkan nasi
8.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati
9.Angkat

Proses membungkus nasi dengan telur:

1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2.Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak
3.Ratakan minyak hingga keseluruh permukaan kuali
4.Bila minyak betul-betul panas, masukkan telur yang telah dikepuk secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih memanas
di dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti yang anda lihat orang buat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Selamat mencuba!


Read more...

Roti Jala

Roti Jala
Hidangan : 10 orang


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Sedikit air
Secubit garam
Sedikit pewarna masakan kuning
acuan roti jala


Cara-cara :

1. Bancuh kesemua bahan di atas dan diblend di dalam blender sehingga adunan menjadi halus. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau tidak terlalu pekat untuk menghasilkan roti jala yang berkualiti.
2.Panaskan sedikit minyak di atas kuali dan
cuba terap terlebih dahulu untuk memastikan kepekatan yang betul.. jika terkurang air boleh ditambah.
3. Sekiranya kepekatan dah OK bolehlah terus menerap di atas kuali dengan menggunakan acuan tersebut... goyang2kan secara bulatan dan apabila agak kering, bolehlah diangkat dan di gulung seperti dalam gambar.


4. Roti Jala sangat sesuai dihidangkan dengan kuah kari atau pun kuah durian.

Selamat mencuba!


Read more...

Sambal Bilis Petai

Sambal Ikan Bilis
Hidangan : 5 0rang

Bahan-bahan

250 gram ikan bilis - asingkan kepala dan perut
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai - diketuk
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1/2 cawan petai
3 sudu minyak
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Goreng ikan bilis di atas api yang perlahan sehingga ranggup dan di toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar.
4. Masukkan cilli giling dan tumis sehingga naik bau, lagi lama lagi sedap tetapi jgn lah sampai hangus.
5. Masukkan sos tomato dan sos tiram dan di kacau sehingga naik minyak bersama serai.
6. Masukkan air dan petai. Kacau sehingga kering air.
7. Masukkan bilis goreng tadi, kacau selama 2 minit dan bolehlah dihidang.


Selamat mencuba!

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP