Wednesday, October 6, 2010

Mi Goreng Special

Mi Goreng Special
Hidangan : 5 orang


Bahan-bahan

1 peket mi kuning
Isi ayam bahagian dada - di potong kiub
2 biji telur
5 ekor udang
10 biji bebola ikan - dipotong dua
1 ikat sawi
5 ulas bawang merah - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1/2 inci halia - dikisar halus
5 tangkai cili kering - dikisar halus
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap
2 sudu minyak untuk menumis
Garam secukup rasa.

Cara-cara

1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.
2. Tumiskan minyak sehingga panas dan masukkan bahan2 yang telah dikisar sehinga garing.
3. Masukkan ayam dan bebola ikan bersama sos tomato,sos tiram, kicap serta sedikit air.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Pecahkan telur, biarkan telur masak dan air mendidih.
6. Masukkan mi kuning dan sayur.
7. Kacau sehingga sebati. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

Selamat Mencuba!

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP