Wednesday, May 13, 2015

Dendeng Daging


 Sumber Foto: Karangkraf

Dendeng Daging adalah antara menu berasaskan daging yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Sangat enak dimakan dengan nasi panas. Juga sesuai dijadikan lauk untuk pulut kuning serta ketupat menggantikan rendang.

Jom kita belajar resepi Dendeng Daging. Sediakan bahan-bahannya:

Bahan A
1 kg daging lembu dipotong sederhana besar. Direbus bersama 1 liter air untuk mendapatkan airnya serta melembutkan daging.

Bahan B
  • 4 biji bawang merah/besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
Bahan C
  • 3/4 cawan kicap lemak manis
  • Sedikit gula (mengikut citarasa)
  • Sedikit garam (mengikut citarasa)
  • 7 helai daun limau purut. Ramas-ramaskan supaya pecah bau
  • 3 batang serai. Dititik
  • 2 sudu cili kisar. (mengikut citarasa kepedasan)
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
Bahan D
Air rebusan daging

Cara Proses
  1. Bahan B dimayang halus kecuali bunga lawang dan kulit kayu manis
  2. Goreng Bahan B ini hingga garing. Jangan bagi hangus pulak. Agak-agak bau wangi, angkat dan toskan minyak.
  3. Bahan A. Seperti arahan di atas, daging direbus bersama 1 liter air untuk mendapatkan airnya serta melembutkan daging.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, toskan, simpan airnya dan daging dipotong nipis.
  5. Daging yang dipotong nipis tadi diketuk-ketuk/ditumbuk-tumbuk supaya senang nak makan nanti. Takdelah liat sangat. Sebab tu sebolehnya masa rebus jangan lama-lama takut bila ditumbuk akan relai. Sebenarnya kalau anda rasa jika ditumbuk daging akan relai, jadi abaikan sahaja proses mengetuk.
  6. Goreng daging yang siap dipotong/diketuk tadi seketika menggunakan minyak menggoreng Bahan B tadi. Siap goreng daging, toskan.
  7. Masih menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumiskan cili merah kisar, daun limau purut dan juga serai. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau. Masukkan garam dan juga gula mengikut citarasa anda.
  8. Masukkan kicap manis dan pes asam jawa.
  9. Masukkan air rebusan daging agak-agak cun dia punya kuahnya nanti agar tak terlalu cair.
  10. Masukkan daging yang siap digoreng tadi, kacau dan tutup. Jangan dikacau-kacau sangat takut koyak daging. Kita tutup tu untuk memekatkan kuah.
  11. Akhir sekali masukkan Bahan B (Bawang merah, putih..yang digoreng tadi. Kacau perlahan-lahan.
  12. Siap!
Selamat menjamu selera


No comments :

Post a Comment