Wednesday, October 6, 2010

Laksam

Laksam
Hidangan : 10 orang


Laksam

Bahan-Bahan
500 gram tepung beras
1/2 cawan tepung pulut
5 cawan air

Cara-Cara
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Leserkan loyang/tudung periuk dengan sedikit minyak.
4. Masukkkan adunan tepung tadi ke atas loyang/tudung periuk mengikut tebal yang anda suka.
5. Kukus sehingga timbul gelembung-gelembung udara.
6. Keluarkan dari periuk kukusan dan gulung sewaktu laksam masih panas.

Kuah Laksam

10 ekor isi ikan sardin.
500ml santan pekat.
1 liter air
10 ulas bawang merah - dikisar halus
5 keping asam keping
2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
Sedikit belacan jika suka
Sedikit garam dan gula untuk penyedap rasa.

1. Blendkan isi ikan.
2. Panaskan santan bersama air sambil di kacau perlahan-lahan.
3. Masuk isi ikan, bawang merah, asam keping, lada hitam, garam dan gula serta belacan.
4. Kacau hingga mendidih ( mendidih sekejap sahaja agar tidak pecah minyak)
5. Dah siap bolehlah dihidang dengan laksam bersama ulam2 kegemaran anda.


Selamat Mencuba!

No comments :

Post a Comment