Thursday, May 20, 2010

Daging Masak Merah


Bahan-bahan

Daging lembu - 1kg
Bawang putih - 5 ulas (diketuk)
Bawang merah - 2 biji (dipotong bulat)
Limau nipis - 1 biji (perah air)
Lada merah - 2 tangkai (potong serong)
Sos tiram - 5 sudu
Sos tomato - 3 sudu
Serbuk lada hitam - 2 sudu besar
Daun ketumbar (utk hiasan)
Karot - 1 batang (potong bulat atau memanjang)
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging sebesar 3x3 inci atau lebih besar
Rebus daging hingga empuk
Potong daging nipis (anggaran biasa)
Goreng daging hingga 2-3 minit
Masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau hingga rata
Masukkan 1 cawan air rebusan daging tadi
Biarkan seketika hingga mendidih
Masukkan bawang, karot, lada hitam dan perahan limau nipis
Biarkan 2 minit
Angkat dan taburkan daun ketumbar


Selamat mencuba!

No comments :

Post a Comment