Thursday, May 20, 2010

Donut

Bahan-bahan

1/2 kg tepung gandum
1 bungkus mauripan
1/2 cawan susu pekat
3 sudu marjerin
1 gelas air masak
secubit garam


Cara-cara
1. Larutkan mauripan dengan segelas air dan kacau hingga berbuih.
2. Masukkan larutan mauripan ke dalam tepung gandum bersama secubit garam
3. Tambahkan majerin dan susu pekat ke dalam tepung tadi.
4. Uli sehingga menjadi doh.
5. Untuk mendapatkan donut yang lembut, pastikan doh tersebuttidak melekat ditangan.
5. Kemudian bolehlah dibentuk dan digoreng dengan api yang sederhana panas.
6. Taburkan gula halus di atas donut secukup rasa.

Selamat mencuba!

No comments :

Post a Comment