Tuesday, July 7, 2009

Tau Fu Fah

Tau Fu Fah
Hidangan : 10 orang

Gambar dari sini.

A. Tau Fu Fah

Bahan-bahan

4 liter air kacang soya
10 gram Serbuk Gypsum
20 gram Tepung Jagung
1/2 cawan air

Cara-cara
1. Masakkan air kacang soya di atas api yang sederhana hingga mendidih. Sila kacau air soya tersebut untuk menggelakkan kerak, matika api setelah air soya mendidih.
2. Bancuhkan serbuk gypsum dan tepung jagung dengan 1/2 cawan air sehingga sebati.
3. Masukkan air bancuhan ke dalam bekas, goyang-goyangkan supaya bancuhan tidak mendap.
4. Masukkan air soya yg baru lepas mendidih tu cepat2 ke dalam bekas tersebut dengan cepat dan perlu dibiarkan selama 15 minit sebelum dihidangkan.


B. Air Gula Merah

Bahan-bahan :
4 cawan gula merah
4 cawan air

Cara-cara :
1. Masakkan gula merah bersama air sehingga pekat.
2. Setelah likat bolehlah dihidangkan bersama tau fu fah tadi.


Selamat mencuba!

No comments :

Post a Comment