Wednesday, July 8, 2009

Mi Sup

Mi Sup
Hidangan : 2 orang


Bahan-bahan:

1/2 bungkus mee kuning
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang putih - diketuk
3 mangkuk air rebusan tulang/daging/ayam yang direbus bersama sup bunjut
1 biji tomato - potong 6
2 batang jagung muda - dipotong memanjang
2 helai sawi - dipotong sederhana
2 biji telur
1 cawan isi ayam - dipotong kiub
6 ekor udang - dibuang kulit dan kepala

Hiasan
2 inci daun sadri
1 biji limau nipis - potong 4
4 tangkai cili api - dipotong bulat
2 tangkai daun sup & daun bawang
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar
Garam & Gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga warna keemasan
  2. Masukkan air rebusan tulang/daging/ayam dan dibiarkan sehingga mendidih
  3. Masukkan isi ayam dan udang - biarkan 1 minit
  4. Masukkan jagung muda, sadi & sawi
  5. Masukkan garam & gula secukup rasa
  6. Perlahankan api dan pecahkan telur - biarkan 2 minit
  7. Mee kuning dimasukkan ke dalam 2 mangkuk
  8. Angkat bahan-bahan yang dimasak dan masukkan ke dalam mangkuk mee (Mee akan membengkak sendiri dengan didihan/kepanasan kuah)
  9. Taburkan bahan-bahan hiasan untuk menyedapkan lagi rasa mi sup anda

Selamat mencuba!

No comments :

Post a Comment