Tuesday, July 14, 2009

Sambal Bilis Petai

Sambal Ikan Bilis
Hidangan : 5 0rang

Bahan-bahan

250 gram ikan bilis - asingkan kepala dan perut
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai - diketuk
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1/2 cawan petai
3 sudu minyak
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Goreng ikan bilis di atas api yang perlahan sehingga ranggup dan di toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar.
4. Masukkan cilli giling dan tumis sehingga naik bau, lagi lama lagi sedap tetapi jgn lah sampai hangus.
5. Masukkan sos tomato dan sos tiram dan di kacau sehingga naik minyak bersama serai.
6. Masukkan air dan petai. Kacau sehingga kering air.
7. Masukkan bilis goreng tadi, kacau selama 2 minit dan bolehlah dihidang.


Selamat mencuba!

No comments :

Post a Comment