Tuesday, July 14, 2009

Nasi Goreng Pataya

Nasi Goreng Pataya
Hidangan : 1-2 orang


Bahan-bahan :

Sepinggan nasi yang dimasak tidak terlalu lembik
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
2 tangkai sawi, dipotong sederhana
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap sotong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara :
1.Panaskan minyak
2.Tumis bawang yang diblend hingga naik bau
3.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak
4.Masukkan sos tiram
5.Masukkan garam & gula secukup rasa
6.Masukkan sawi & cili padi
7.Masukkan nasi
8.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati
9.Angkat

Proses membungkus nasi dengan telur:

1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2.Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak
3.Ratakan minyak hingga keseluruh permukaan kuali
4.Bila minyak betul-betul panas, masukkan telur yang telah dikepuk secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih memanas
di dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti yang anda lihat orang buat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Selamat mencuba!


No comments :

Post a Comment