Thursday, July 16, 2009

Gulai Kuning Ikan Tenggiri

Gulai Kuning Ikan Tenggiri
Hidangan : 5 orang


Bahan -bahan :

5 potong ikan tenggiri
300 gm santan sederhana pekat
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 tangakai cili padi
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
Asam keping
1 biji tomato
2 batang serai
Garam secukup rasa


Cara-cara :
1. Perapkan ikan tenggiri bersama garam selama 2 jam.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lengkuas dan kunyit hidup.
3. Panaskan santan ke dalam periuk bersama bahan2 yang telah di tumbuk tadi.
4. Kacau hingga menggelegak, setelah menggelegak perlahankan api dan masukkan ikan.
5. Masukkan asam keping dan serai. Kacau sehingga menggelegak dan isi ikan masak.
6. Pastiakan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkan santan pecah.
7. Akhir sekali masukkan tomato dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba!

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP