Sunday, June 21, 2009

Tomyam Putih

Tomyam Putih
Hidangan : 5 orang

Ada berbagai jenis tomyam. Ada tomyam putih, tomyam poktek, tomyam merah dll. Ini adalah resepi keluarga untuk tomyam putih. Samada nak jadikan ianya berlaukkan seafood atau sebagainya terpulang kepada anda.

Gambar dari sini.

Bahan-bahan

1 mangkuk ayam & diptong kecil
2 mangkuk air
7 ekor udang dibuang kepala
5 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar -dibelah 2
5 biji cili padi - diketuk
2 biji tomato - dipotong dadu
3 batang serai - diketuk
6 helai daun limau purut diketuk
1 sudu kecil ssam jawa - seeloknya gunakan yang tanpa biji
2 biji limau nipis - dibelah dan dibuang biji
Daun ketumbar - dipotong kasar
Garam & gula - secukup rasa

Cara-cara:

1.Masukkan air kedalam periuk
2.Masukkan ayam & bawang putih
3.Masukkan udang dan terus masukkan tomato, biarkan 1 minit
4.Masukkan air asam jawa, kacau
5.Besarkan api sebesar-besarnya. Campakkan sekaligus serai, daun limau purut & bawang besar. Biarkan menggelegak kuat selama 20 saat
6.Perlahankan sekecil-kecil api. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan lada jarum
7.Taburkan serbuk lada hitam dan perahkan limau nipis 2 belahan. Pastikan proses ini berlaku 8.tidak lebih 20 saat
9.Tutup api. Angkat terus dan hidangkan
10.Taburkan potongan daun ketumbar

Selamat mencuba!

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP