Sunday, June 21, 2009

Nasi Goreng Kerabu

Nasi Kerabu Goreng
Hidangan : 2 orang
Gambar dari sini.
Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi
  • 1 mangkuk kecil ayam & dipotong kecil
  • 6 ekor udang dibuang kepala
  • 4 ulas bawang merah digiling
  • 5 ulas bawang putih digiling
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 batang bunga kantan dipotong bulat & halus
  • 2 batang serai dipotong bulat & halus
  • 4 batang kacang panjang dipotong bulat & halus
  • 1 sudu serbuk lada hitam -
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak -


Cara-cara:
1.Panaskan minyak
2.Tumiskan bawang merah & bawang putih
3.Masukkan cili boh
4.Apabila bawang dan cili dah naik aroma, masukkan ayam & udang
5.Masukkan serbuk lada hitam, garam & gula
6.Masukkan nasi dan gaul hingga sebati
7.Bila nasi dah sebati dengan bahan yang ditumis, masukkan bunga kantan, serai dan kacang panjang.
8.Gaulkan nasi dan sayuran tadi selama 2 minit
9.Hiaskan & siap untuk dimakan

Selamat mencuba!

No comments :

Post a Comment