Hidangan : 5 - 10 orang
Gambar dari sini.
A. Nasi
Bahan-bahan :
1 kg beras wangi
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 ulas bawang merah dihiris halus
1 inci halia - dipotong panjang
2 sudu kecil halba
Cara-cara:
1. Rendam beras wangi selama 6 jam - lagi lama rendam lagi baik
2. Kukus beras yang direndam tadi selama 20 minit
3. Keluarkan nasi tadi dan gaulkan dengan santan cair, kukus selama 10 minit.
4.Bancuh santan pekat bersama hirisan bawang, halia dan halba
5.Nasi yang telah dikukus kali kedua tadi digaul bersama bancuhan santan pekat.
6. Sekali lagi kukus nasi selama 10 minit.
B. Kari Ikan Tongkol
Bahan-bahan :
2 ekor ikan tongkol sederhana besar
4 keping asam keping
1 inci lengkuas
secubit gula melaka
2 cawan santan pekat
2 cawan air
10 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih -kisar
1 inci halia - kisar
2 sudu ciling giling
1 senduk kecil serbuk kari ikan
2 sudu minyak untuk menumis
2 bunga cengkih
2 inci kayu manis
2 bunga lawang
2 buah pelaga
1/2 sudu halba
10 tangkai cili padi
garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Ikan tongkol di cuci dan di potong ikut saiz kegemaran, rebus kan bersama asam keping, garam, lengkuas dan secubit gula melaka.
2. Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang,kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
4. Masukkan dua sudu ciling giling, tumis sehingga garing.
5. Setelah garing masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, tumis sehingga pecah minyak, masukkan air dan santan.
6. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar dan biarkan menggelegak.
7. Masukkan ikan yang telah direbus bersama asam keping dan lengkuas.
8. Akhir sekali masukkan garam, cili padi dan halba, biarkan seketika sehingga kari pekat dan naik minyak.
C. Acar/ jelatah
Bahan-bahan :
1 batang mentimun
1 batang lobak
2 ulas bawang merah dihiris halus
2 cili merah
3 sudu cuka makan
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Potong mentimun dan lobak merah memanjang
2. Hiris bawang merah dan cili merah halus-halus.
3. Campurkan potongan bawang merah dan lada bersama 3 sudu cuka, garam dan gula sehingga sebati.
4. Masukkan timun dan lobak, sekali lagi gaul hingga sebati dan boleh dihidangkan bersama nasi dan kari ikan.
Selamat mencuba!
No comments :
Post a Comment