Sunday, June 21, 2009

Kuih Lompat Tikam

Kuih Lompat Tikam
Hidangan : 5 orang



Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
8 cawan air
Pati pandan
2 cawan santan pekat
2 sudu tepung gandum
5 sudu gula
5 sudu air
Secubit garam
Cara-cara:

Langkah 1
Masukkan 8 cawan air ke dalam 2 cawan tepung beras dan masakkan di atas api yang sederhana, masukkan pati pandan dan di kacau sehingga likat. Setelah itu bolehlah di masukkan tepung yang telah likat ke dalam loyang.

Langkah2
Masakkan santan pekat sehingga likat bersama secubit garam. Masukkan juga 2 sudu tepung gandum. Setelah pekat bolehlah di letak ke dalam loyang tepung beras tadi.

Langkah 3
Goreng gula di dalam kuali sehingga berwarna kuning keemasan, masukkan lima sudu air dan di kacau sehingga pekat. Sos gula hangus ini dimakan bersama lompat tikam tadi.

Selamat mencuba!

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP