Friday, May 15, 2009

Puding Gula Hangus

Puding gula Hangus
Hidangan : 5 orang
Bahan-bahan

3 sudu gula
1/2 cawan air
7 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin air
Secubit garam

Cara-Cara

1.Goreng tiga sudu gula dalam kuali tanpa minyak sehingga kuning keemasan
2.Masukkan 1/2 cawan air ke dalam gula tadi sehingga likat
3.Ratakan gula hangus tadi di dalam acuan
4.Pukul telur sehingga berbuih dengan senduk selama 5 minit
5.Bancuhkan susu pekat dengan 1 tin air
6.Masukkan susu ke dalam telur yang telah dipukul sehingga sebati
7.Masukkan secubit garam dan
8.Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah di leser dgn gula hangus tadi
9.Kukus selama 20 minit
10.Tunggu puding sejuk sebelum dihidangkan

Selamat Mencuba!

With love,

No comments :

Post a Comment