Sunday, May 10, 2009

Keropok Lekor

Keropok Lekor

Hidangan 8-10 orang


A. KEROPOK LEKOR

Bahan-bahan

1/2 kilo ikan
1/2 kilo tepung sagu
sedikit kiub ais
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Asingkan isi ikan dan tulang
2. Kisar isi ikan hingga lumat
3. Masukkan tepung sagu ke dalam isi ikan bersama kiub ais.
4. Masukkan garam secukup rasa
5. Doh yang telah siap boleh di bentuk2 mengikut minat anda
6. Rebuskan keropok lekor ke dalam air yang sedang mendidih
7. Keropok lekor yang siap di rebus boleh dimakan terus atau digoreng terlebih dahulu

B. Sos Pencicah

Bahan-bahan

1 manguk air asam jawa
2 sudu cili giling
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula merah

Cara-cara

1. Masakkan air asam jawa
2. Masukkan ciling giling, bawang putih dan gula merah
3. Masakkan sehingga mendidih dan pekat.


SELAMAT MENCUBA!!


With love,

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP