Saturday, May 2, 2009

Ayam Percik Terengganu

Ayam Percik
Hidangan : 4 orang


Bahan-bahan

Bahagian dada ayam
200ml santan pekat
4 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai
1 sudu besar cili giling
2 keping asam keping
Sedikit belacan
Garam secukup rasa

Cara-cara

1.Panggang ayam dengan sedikit garam
2.Masakkan 200ml santan pekat
3.Masukkan bawang yang dikisar bersama dengan cili giling
4.Masukkan serai yang diketu bersama sedikit belacan dan garam secukup rasa
5.Masukkan asam keping
6.Kacau sehingga mendidih dan santan pekat
7.Apabila masak bolehlah disiram di atas ayam yang telah dipanggang tadi

Selamat mencuba!

With love,

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP