Monday, March 16, 2009

Wajik

Mula2 kenalah kukus beras pulut selama 40 minit.. pastikan beras telah pun direndam paling kurang dalam masa tiga jam sebelum mengukusnya... bila dah masak.. sejukkan pulut tu..


Bila pulut dah sejuk boleh lah mula masakkan santan, gula melaka, gula pasir, dan secubit garam sehingga pekat dan bergula...


Selepas itu.. bolehlah masukkan pulut ke dalam santan tu.. kacaukan biar sebati dan masukkan sedikit kapur makan yang telah dilarutkan dalam air... masakkan dengan api kecil selama setengah jam.. wajik aku ni warnanya kurang kehitaman sikit sebab aku kurang suka manis jadi aku letak sikit jer gula melaka..


Dan masak... sekarang masa untuk decorationlah pulak.... kita buat simple2 jerlah yer.... kena ratakan wajik dgn spatula dulu.. lepas tu letak jer jambangan bunga ...



Dah siap pun... selamat mencuba!!

With love,

No comments :

Post a Comment