Ayam BBQ
Hidangan : 5-8 orang
Bahan-bahan
Seekor ayam yang telah dibersih dan di potong.
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 senduk sos tiram
2 sudu cili giling
2 sudu cuka makan
1 inci halia
2 sudu serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Kisar semua bahan-bahan diatas dan gaulkan bersama ayam hingga sebati
2. Perap selama 1 jam sebelum dibakar di atas bara
Selamat mencuba!
No comments :
Post a Comment