Cara Mudah Buang Selaput Kaki Ayam
Wednesday, May 13, 2015
Dendeng Daging
Sumber Foto: Karangkraf
Dendeng Daging adalah antara menu berasaskan daging yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Sangat enak dimakan dengan nasi panas. Juga sesuai dijadikan lauk untuk pulut kuning serta ketupat menggantikan rendang.
Jom kita belajar resepi Dendeng Daging. Sediakan bahan-bahannya:
Bahan A
1 kg daging lembu dipotong sederhana besar. Direbus bersama 1 liter air untuk mendapatkan airnya serta melembutkan daging.
Bahan B
- 4 biji bawang merah/besar
- 7 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kulit kayu manis
- 3 biji bunga lawang
- 3/4 cawan kicap lemak manis
- Sedikit gula (mengikut citarasa)
- Sedikit garam (mengikut citarasa)
- 7 helai daun limau purut. Ramas-ramaskan supaya pecah bau
- 3 batang serai. Dititik
- 2 sudu cili kisar. (mengikut citarasa kepedasan)
- 1/2 sudu kecil pes asam jawa
Air rebusan daging
Cara Proses
- Bahan B dimayang halus kecuali bunga lawang dan kulit kayu manis
- Goreng Bahan B ini hingga garing. Jangan bagi hangus pulak. Agak-agak bau wangi, angkat dan toskan minyak.
- Bahan A. Seperti arahan di atas, daging direbus bersama 1 liter air untuk mendapatkan airnya serta melembutkan daging.
- Bila agak-agak daging dah lembut, toskan, simpan airnya dan daging dipotong nipis.
- Daging yang dipotong nipis tadi diketuk-ketuk/ditumbuk-tumbuk supaya senang nak makan nanti. Takdelah liat sangat. Sebab tu sebolehnya masa rebus jangan lama-lama takut bila ditumbuk akan relai. Sebenarnya kalau anda rasa jika ditumbuk daging akan relai, jadi abaikan sahaja proses mengetuk.
- Goreng daging yang siap dipotong/diketuk tadi seketika menggunakan minyak menggoreng Bahan B tadi. Siap goreng daging, toskan.
- Masih menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumiskan cili merah kisar, daun limau purut dan juga serai. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau. Masukkan garam dan juga gula mengikut citarasa anda.
- Masukkan kicap manis dan pes asam jawa.
- Masukkan air rebusan daging agak-agak cun dia punya kuahnya nanti agar tak terlalu cair.
- Masukkan daging yang siap digoreng tadi, kacau dan tutup. Jangan dikacau-kacau sangat takut koyak daging. Kita tutup tu untuk memekatkan kuah.
- Akhir sekali masukkan Bahan B (Bawang merah, putih..yang digoreng tadi. Kacau perlahan-lahan.
- Siap!
Labels:
Dendeng Daging
,
Resepi Berkicap
,
Resepi Daging
Saturday, July 20, 2013
Nasi Ayam
Nasi ayam
Hidangan untuk 5 orang
- 1/2 ekor ayam -- dipotong dua
- 2 liter air
- 10 ulas bawang putih -- diketuk
- 3 inci halia -- diketuk
- Kicap masin
- Garam -- secukup rasa
2. Bila ayam dah lembut, tutup api dan perapkan ayam bersama kicap masin dan sedikit air rebusan ayam.
3. Simpankan air rebusan ayam yang berbaki untuk mak nasi dan sambal
4. Ayam yang diperap digoreng di dalam minyak yang panas.
Nasi
- 2 cawan beras
- 2 cawan air
1. Basuh beras bersih-bersih
2. Masukkan air rebusan ayam tadi dan masak samada guna rice cooker atau di atas api yang perlahan.
3. Boleh juga dimasukkan sedikit kunyit sebagai pewarna.
Sup
- Air rebusan ayam
- Kentang
- Sup bunjut
- Rempah kasar
- Minyak untuk menumis
- Daun sup
2. Masukkan air rebusan ayam, sup bunjut dan kentang
3. Dah menggelegak boleh tutup api dan masukkan daun sup
Sambal cili
- 5 tangkai cili merah
- 1 senduk air rebusan ayam
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 biji limau nipis
- sedikit cuka
- 1/2 sudu makan garam
- 1 sudu makan gula
Kicap
- Kicap masin
- Air rebusan ayam
Begitulah simple sangat resepi nasi ayam. Bergantung pada selera masing-masing kan dan boleh di adjust ikut selera masing-masing. :)
SELAMAT MENCUBA!!
With love,
Wednesday, April 18, 2012
Cik Mek Molek
Ada yang tak kenal cik mek molek ker.. ala kuih dari ubi dan tepung dan dalamnya ada gula tu. Meh kita tengok camner nak buatnya..
3. Dah lenyek masukkan tepung gandum dan uli bersama keledek lenyek tadi. Sukatan ummumishkah main agak-agak jer yer. Yang pastinya tak perlu masukkan air.
4. Bila dah sebati tepung dengan ubi tu boleh buat adunan cik mek cam gini..
5. Pas tu letakkan sedikit gula dalam cik mek tu.
6. Tutup gula tadi..
7. Haa.. dah dapat beberapa biji cik mek yang comel tu maka boleh lah digoreng sehingga warna kuning keemasan.
1. Mula2 rebus jer ubi keledek sampai masak.
2. Dah masak bolehlah lenyek2 kan ubi tu cam dalam gambar kat bawah ni...

Selamat mencuba yer semua. Senang sangat. Sukatan tu pandai2lah yer..
Wednesday, October 6, 2010
Laksam
Laksam
Hidangan : 10 orang
Hidangan : 10 orang
Laksam
Bahan-Bahan
500 gram tepung beras
1/2 cawan tepung pulut
5 cawan air
Cara-Cara
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Leserkan loyang/tudung periuk dengan sedikit minyak.
4. Masukkkan adunan tepung tadi ke atas loyang/tudung periuk mengikut tebal yang anda suka.
5. Kukus sehingga timbul gelembung-gelembung udara.
6. Keluarkan dari periuk kukusan dan gulung sewaktu laksam masih panas.
Kuah Laksam
10 ekor isi ikan sardin.
500ml santan pekat.
1 liter air
10 ulas bawang merah - dikisar halus
5 keping asam keping
2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
Sedikit belacan jika suka
Sedikit garam dan gula untuk penyedap rasa.
1. Blendkan isi ikan.
2. Panaskan santan bersama air sambil di kacau perlahan-lahan.
3. Masuk isi ikan, bawang merah, asam keping, lada hitam, garam dan gula serta belacan.
4. Kacau hingga mendidih ( mendidih sekejap sahaja agar tidak pecah minyak)
5. Dah siap bolehlah dihidang dengan laksam bersama ulam2 kegemaran anda.

Mi Goreng Special
Mi Goreng Special
Hidangan : 5 orang
Hidangan : 5 orang
Bahan-bahan
1 peket mi kuning
Isi ayam bahagian dada - di potong kiub
2 biji telur
5 ekor udang
10 biji bebola ikan - dipotong dua
1 ikat sawi
5 ulas bawang merah - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1/2 inci halia - dikisar halus
5 tangkai cili kering - dikisar halus
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap
2 sudu minyak untuk menumis
Garam secukup rasa.
Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.
2. Tumiskan minyak sehingga panas dan masukkan bahan2 yang telah dikisar sehinga garing.
3. Masukkan ayam dan bebola ikan bersama sos tomato,sos tiram, kicap serta sedikit air.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Pecahkan telur, biarkan telur masak dan air mendidih.
6. Masukkan mi kuning dan sayur.
7. Kacau sehingga sebati. Setelah masak bolehlah dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Sunday, June 13, 2010
Ikan Singgang
Ikan Singgang
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung dipotong dua
2 cawan air
4 ulas bawang putih dihiris nipis
4 biji bawang merah dipotong dua
2 keping asam keping
4 biji cili padi ditumbuk
1 inci lengkuas dihiris nipis
1 inci kunyit hidup dihiris nipis
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk.
2. Masakkan sehingga air mendidih dan isi ikan masak
3. Setelah masak bolehlah dihidang dan makan bersama nasi.

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)